Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Capsicum Eggs


Assalamualaikum...lamanye tak try resepi baru yg simple ek... Hari tu masa layan FB ternampak satu gambo resepi yg sgt comelll utk breakfast..tak sempat save..puas google..so terjumpa..ini gambarnya setelah ku edit sikit2.. bg senang sket paham. thanks to enjoyyourcooking.com hehe... nak try tapi keadaan lom mengizinkan..if aku buat mesti lagi cun kan.. ahaks..perahsaann.. 

ok ni dia punye bahan2
2 biji telur (saiz kecil)
1 biji tomato (saiz sederhana)
capsicum (saiz besar) suggest pilih yg merah or kuning..rasa manis..if hijau bau dia pekat sket
lada hitam, lada sulah
sedikit butter (utk memanaskan capsicum dan tak melekatkan kuali)
daun sup utk decoration

cara-caranya seperti didalam gambar dibawah: 


 cun kan?? jom cubaaaa!!

Resepi Pavlova Gorjes Ku



Pavlova.. sebut je nama terus terliur.. walaupun dah lama try dah baru skang sempat upload.. sy try resepi ni dari http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html terima kasih ye dear.. sebelum ni asyik tengok pavlova orang lain jer.. akhirnya dpt jugak sy buat.. hehe dah tak mengidam dahhh.. :D. Bawah ni ada resepi nye.. thanks irma...

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Jumaat penghulu hari..meh kita jernihkan keadaan


Assalamualaikum...

1st off all.. terima kasih kepada sesapa yang sudi membaca blog ni.. jgn la nak marah tak tentu hala.. anda2 yang membaca blog ni maybe tengok sy marah2 dlm blog ni..tapi tahukah anda entry2 tu dah berkurun lama.. sejak mula sy berniaga ya..bukan sehari dua ni pun ya sayang2.. semalam sy bg link hari ni dpt komen marah2 mcm sy kebas hak org.. sedangkan hak cipta sy dikebas.. ya...sy mengaku sy kasar sikit bahasa didalam entry tersebut sebab nak bg org yg berkenaan yg mencuri gambar2 sy @copycat membaca.. dan mengakui kesilapannya.. So far dia dah baca..dan mengakui kesilapan..tapi sy tak remove pasal untuk akan dtg.. jadikan pengajaran..tak pasal2 entry lama2 digodek2.. konon tak salah nak tiru..maaf ya.. peniruan tetap peniruan.. bayangkan hasil kerja anda buat susah payah, pastu senang2 dicuri sebijik2.. tak kena tak tahu... sama kes kalau buat kertas kerja, tapi kertas kerja dicopycat.. itu contoh yang senang nak paham la..

Jadi.. mana2 yang baru je terbaca blog ni jgn lah nak bandingkan entry ni dengan org lain.. Kalau sesapa mengikuti perkembangan sy dari awal..sy bermula dari bawah... so banyak juga kawan2 yang tikam dari belakang.. melayu juga.. jgn kata sy kedekut..mcm mana melayu nak maju..sedangkan melayu jugak yg banyak tikam dari belakang..(jgn nak tunding melayu saja walhal bangsa lain pun sama..) sy tak nak panjangkan kisah ini.. tapi apa yang pasti yang sy publish ni sebab dah tak tahan sgt.. :) dan terlalu kasar dia buat kat sy..

Pendirian sy mungkin org lain tak paham...dan sekali lagi..maaf ya kalau kekasaran ayat2 saya di entry sebelum ni mengguris hati mana2 pihak. Kalau kena kat diri sendiri baru tahu.. mungkin akan melenting juga.. sy juga manusia.. ada kekhilafan.

* mood happy* thanks a lot haters diluar sana.. teguran yg membina sy boleh accept..tapi sy tak kan keluarkan kerana tiada nama dan malas nak melayan benda2 negatif ni.. cukup lah sy tahu anda diluar baca. :)

* mood meh la delete entry yg negatif* lagipun dah lepas..hati pun dah sejuk..

CARILAH DUIT DARI SUMBER REZEKI YANG HALAL!!


(perhatian: entry ini dah lama..OKTOBER 2011 lagi (tak caya gi tengok blog archive)..jadi jgn provokasi lebih sgt terhadap entry ni ye kawan2.. jgn pulak nak terasa yg sy ni tuju pada uolls..becoz kalau takde buat salah wat pe nak terasa..entry ni utk jadikan pengajaran utk akan dtg pada copycat..belajarlah berusaha atas kaki sendiri. Sy ni bukan hebat sgt dan berjaya pun..semua bermula dari bawah dan hanya suka2. Bukan bisness ini pendapatan utama saya. Utk dapatkan kepuasan berurusan berniaga dan nak kan org lain cantik. Sila baca dengan tenang.. walaupun bahasa sedikit kasar entry ni..sy dah edit sikit..tapi benda dah lama.. tgh marah..penat tak hilang lagi memakaikan kain2 kat patung..jgn ingat gambo2 ni siap sedia dah ade yer..bukan dari supplier..tapi sendiri yang shoot pakai henset nokia je taw.. skang ni mungkin dah maju pakai kamera bagus..so fikir2kanlah..kalau tak berusaha sendiri snap picture satu2..sakit pinggang jgn cakap la..penat lelah sendiri taw..so jgn la nak kalut2 buat spekulasi sy tuduh2 kawan2 baru saya diFB..sedangkan sy bukan selalu update blog pun. oh ye.. si copycat pun dah mengakui kesilapan..so kita jadikan ini pengajaran utk akan dtg)


Kali ni masuk ke 3 gambar2 kain aku berniaga online dalam FB Puan Hana dicuri oleh pihak yang tanggungjawab nak kaya cepat dalam FB dan juga dalam BLOG!. Sesenang hati je kan.. ambik pulak gambar2 kain aku yang sebahagian terlupa nak letak watermark. Gigih kau kan cari satu persatu? Kenapa kau tak masukkan gambar yang ada watermark nama blog aku ni?? www.hanafzuan.blogspot.com?? kenapa??

kenapa banyak2 gambo aku yang ada watermark atas ni kau tak masukkan dlm list kau?? kau taw pon takut.. takot empunya gambar ni ternampak kannn... kalau dah pencuri tu..mestilah kau takut rahsia kau bocor kan..

citer nya begini:

1) customer aku pm aku link pencuri tersebut bertanyakan samada ini adalah blog aku atau tidak.

2) aku jawab TIDAK

3) customer aku terperanjat bcoz dia kata dia dpt email dari pencuri tu terkandung gambar2 kain aku. customer aku tu nak cari kain kat dia memandangkan aku ni takde kain sgt dlm waktu ni. so dia jumpa blog pencuri ni.. pencuri ni tulis kat blog yang dia ada jual kain ni..tapi tak 'sempat' nak upload dlm blog..maka sesapa nak..silalah tulis email kat dia..then dia akan reply dengan attachment berisi gambo kain.

4) aku pon terus la bagi email kat dia.. ayat aku : NAK TENGOK EMAIL SULAM SHANTUNG BOLEH?

4) then dia reply seperti dibawah berserta gambo2 kain aku!!!.. HOTTT aku senahhh oiiii.. kau org ke3 cetak rompak gambo aku.. kau ingat aku tak penat pakaikan kain2 tu kat patunggg????? kain yg aku upload kat FB mula2 berjinak dengan online ni hanya sangkut kain kat SOFA pun kau ambikkkk?!!!!.. kau takde SOFA??? kalau patung kau takde.. SOFA pun kau takde??? apa punya pemalas ya amat kau nak berniaga?? pastu sesenang kau curi gambo orang! untung atas angin sungguh!

So lepas tu aku SOUND dia dlm email tu..

taw kau menggelabah BERUK reply email aku say sorry..bla.bla.bla... (ayat yang biasa aku terima dari orang yang mencuri gambo aku...)

Kalau kau nak aku bersopan santun..berbudi bahasa.. patut kau beli cermin kat kedai tu.. cuma nak taw jawapan kau ye..

1) ADA KAU MINTAK IZIN DENGAN AKU?

2) ADA KAU PENAH JADI FRIENDLIST AKU DLM FB?

3) ADA KAU AMEK GAMBO KAIN AKU YANG BERWATERMARK PASTU MASUKKAN DLM EMAIL KAU?

4) KENAPA KAU AMEK GAMBO2 KAIN YANG TAKDE WATERMARK AJA???

see.. adakah kau BERSOPAN SANTUN???? sebelum nak soh org sopan dengan kau patut kau yg bersopan dengan aku!!!

so, sesapa yang ingin terlibat nak mencuri gambo2 kain aku silakan. Ini untuk peringatan yang kat luar sana okeh..

ADIOSSSS...

Salam petang semua..


Assalamualaikum.. agak lama dan berkurun rasanya tak update blog.. hahahaha... sy bizi telampau la..campur malas.. skang sy demam... demam scarf fareeda..

Puasa dan D.I.E.T


Assalamualaikum... lamanya tak update blog... Dah masuk 4 hari puasa.. belum sempat pun nak masak2.. asik beli je.. hihihi. Teringin tekak ni nak makan lasagna..tapi tahap malas melebihi rajin. Eh japp.. tak boleh lah nak makan2 sebarangan lagi.. sy nak diet!! yaaa..D.I.E.T!.. sy begitu keciwak banyak baju sy tak boleh pakai lagi.. huhuhu.. Mana taknya badan naik..asik makan pastu tido..

Bila dah bam2.. gatal la tangan nak try produk2 pelangsingan. ewaahh.. suke beno perabis duit. Harap2 boleh le turun dalam 8kg ker.. dlm bulan pose ni (mood berharap nih). Menci tol bila pakai jeans tak boleh kancing.. pastu pakai dengan bersusah payah.. Hubby soh beli jeans baru jer..tapi sorry le..tak hengen nak beli jeans baru.. (tak boleh terima kalau size jeans berubah) hahaha.. adui lawak tul la.. sib baik hubby pon bam2..so kami sama2 balance lar..

Untuk gi balik berat masa bujang dulu aku tak mo lah.. kurus sgt.. aku nak sedang2 ajer. Harap2 berjaya le hendaknye.. 5liter air kosong tu kena minum hari2.. mampu ke? hah lantak lah..dah beli dah pon.. chaiyok2!!!! aku mahu kurus semula.. ohh makanan..jgn menghampiri saya...

nyummy...alamak sedap la pulak!!! hihihi.. kalau sesekali teringin apa salahnye..ye tak? haiipp... mana boleh!!.. (sambil meleleh air liur...)

Assalamualaikum...


Salam Ramadhan Untuk Semua Readers Hanafzuan Abadi..

Western Style Breakfast :)


Bila dah pandai buat roti bakar special tu..so hari ni buat lagi.. kali ni dengan baked beans dan sausage cheese..sedaapppp...kenyang dah pagi ni..so boleh sambung golek2 tengok tv. hujung minggu la katakan...

Roti Bakar Telur Mata Kerbau


Pagi ni memang tak sabar nak mencuba roti bakar unik :). Memang sedap roti ni..makan 2 keping dah kenyang. Sebenarnya pernah dah tengok resepi ni dlm email..baru hari ni tergerak hati nak mencuba. Akhirnya dapat gak merasa roti bakar special yang comel ni..

Roti Bakar Telur Mata Kerbau Special

Bahan-bahan
roti secukupnya
telur ayam (saiz kecil)
Mayonis / garlic spread / butter
serbuk lada sulah/ lada hitam
sedikit daun sup


antara bahan yang diperlukan
mula-mula lubangkan roti seperti gambar diatas.. lubang tu saya buat guna gelas je..
kemudian sapukan mayonis atau majerin atau garlic spread ikut suka...nak letak cheese pon boleh..pastu lapiskan kembali roti seperti gambar diatas
pecahkan telur kedalam lubang roti tu..
sedia untuk dibakar.. anggaran bakar 20minit atau sehingga telur masak
sesudah masak, taburkan sedikit serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam serta daun sup. sedia untuk dimakan!!.mari jemput makan semer...sedapppp...

hari hari aiskrim..


Asssalamualaikum..pagi2 tak taw nak buat apa..so buat lagi aiskrim..kali ni perisa durian. Seronok mencuba pelbagai perisa aiskrim..rasa tak jemu pulak.. Saja suka2 memenuhkan peti ais.. hehe..

aiskrim perisa keladi buat kat kampung
aiskrim perisa durian buat pagi tadi
ni haa hasilnye...
tetiba letak coklat lak..kena ke..makan aiskrim durian ngan coklat?? hehe
aiskrim perisa durian..dapat 3 bekas..

Resepi Ais Krim Coklat Chenta Hatiku..


Kali ke dua buat Ais Krim.. kul 11pm mula mengadun yeee....tu pun setelah pujuk hubby agar benarkan buat perisa coklat pulak! katanya jgn membazir..tapi takpe..boleh bawak ke opis kan... haaaaa...senyum lebar kawan2 opis membacanya!.. hehe.. Resepi ni masih dari rakan FB.. aznie!..thanks aznie coz layan saya chat petang semalam tanya pasal ais krim ni.

Oklah terus je pada resepinya..

ohh..saya amat puas hati dapat menikmati aiskrim coklat ini...yummy...
sedapppkannn.... tak sabar nak makan.. (ni sebelum masuk fridge)

Ais Krim Coklat
Bahan-bahannya:
1 tin susu pekat (sy guna susu F&N - 505 gram)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu besar ovelatte
1 biji telur
2 sudu besar serbuk koko (sy pakai serbuk koko van houten..tapi rasa mcm pahit sket kalau terletak lebih..maka kurangkanlah serbuk koko jika pakai jenama ini sebab pure coco. kalau jenama lain tak kot..)
setengah tin susu segar (ni sy yang tambah sendiri..kalau ikut resepi takde.. saja nak bagi lemak berkrim sikit)
coklat rice (jika mahu)

cara-caranya:
1) serbuk koko tadi dibancuh dengan air suam hingga sebati

2) masukkan telur, susu dan ovelette dalam mangkuk

3) tuang bancuhan koko tadi dan pukul dengan mixer sampai adunan kembang

4) tuang dlm bekas dan hias dengan coklat rice ikut suka.

5) masukkan dlm fridge.. senang kan :)

dapat 3 mangkuk kecil untuk adunan ni
hiaslah sikit aiskrim dengan coklat rice...agar nampak lebih menarik..

Resepi Ais Krim Pelangi Paddle Pop!




Assalamualaikum...

Dah lama tul mengidamkan buat ais krim sendiri.. Barulah malam ni tercapai hajat. Haaa..terus buat 2 perisa.. Satu perisa jagung satu lagu perisa coklat. Penuh fridge!.. Puassss tul hati..kikikiki.. Apapun resepi ni diambil dari rakan baru sy di FB!.. thanks aznie rozima! sudi kongsi resepi ngan sy. Banyakkkkk resepi best2 dia.. tak sabar nak cuba yang lain.

ais krim pelangi perisa jagung...
masa belum keras..mcm ni lah rupanya..
comot sket heheheh...tangan tak bedung..
tekstur dia halus..nyummyyy..
hasilnyaa...waahhhh..sedapnyaa..tak sangka bahan2 tak banyak tapi dpt hasilkan aiskrim sedap camni :) saya amat puas hati... gud byee ais krim walls..gud bye ais krim belii...

Ais krim pelangi

Bahan-bahannya:
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1 tin susu pekat (sy guna F&N - 505 gram)
setengah tin susu segar (sy guna susu dutch lady)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pilihan (jika mahu..kalau tak nak pun tak pe.. sy tadi letak perisa jagung)
beberapa titik pewarna pilihan (sy guna star brand)

Cara-caranya:
1) masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk dan pukul dengan mixer hingga naik dan kembang dan pekat.

2)kemudian bahagikan kepada beberapa warna pilihan.

3) mula melapis adunan . buatlah macam kek karamel tu.

4) masuk dlm peti ais dan sedia dimakan setelah ia mengeras.

begini rupanya setelah adunan kembang
warnakan mengikut warna pilihan hati.. abaikan comot2 tu yer.. buat nak hampir maghrib tadi..so tergesa2 dan agak rakus nak tengok hasil bila dah mengeras.. hehe
sebenarnya nak warnakan dengan warna kuning coz perisa jagung kan... tapi warna kuning takde..so letak je warna yang ada... takpe 1st trial.. tak kisahlah.. janji dapat makan!!.. :)
so dalam adunan tadi dapatlah 2 mangkuk besar dan 1 mangkuk kecil aiskrim.. haaa...makan jgn tak makan!

Apam Polka Dot lagi?


Assalamualaikum..

Rasa lama dah tak buat apam comel ni.. so cuti hari pekerja lepas sy meringankan tulang untuk membuatnye.. kali ni buat 3 adunan. Huyyoo banyaknyee.. larat ke?? sebab ianya special request dari along sy yang baru balik dari Indonesia untuk dibawa ke Sungai Petani! wahhh jauhnye apam ni travel..naik moto besor lagi.. gud bye apam dot2..be nice ok..selamat lah apam2 semua untuk dimakan oleh anak2 buahku disana. :).

So balance apam tu dapatla sy bawa ke opis baru. Saja suke tengok org makan..Kali ni banyak kaler sket...terlebih rajin mewarna..inti pun atas request along nak letak coklat chip..layan jelah..dari letak inti cheese?? adui..tergelak dengar request yang bukan2 dari along. Tapi sy lebihkan jem strawberri sebab rasanya lebih sedap berintikan jem..manis sket.

ini yang dibawa ke opis!..mari mari..pilihlah saya..dan makanlah saya..

lagi banyak warna lagi rambang mata opismate... yang mana satu idaman kalbu..sila lah pilih dan kalau ada masa bolehlah mencubanya sendiri..untuk anak2..derang mesti sukaaaa..sebab saya sangat sukaaaaa... :).

Umrah dan Ziarah


Madinah Al-Munawwarah

Hari pertama.
26 Mac 2011 - Sabtu
Kami tiba di Madinah pada waktu subuh. Kelihatan ramai umat Islam berpusu-pusu menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh.Alangkah seronoknya melihat suasana sebegitu di jika di Malaysia.
Suasana subuh ketika itu,sangat sejuk. Angin nye sepoi2 bertiup lembut bagaikan menyambut kedatangan kami. Kami sampai di Al-Haramain Residential Center Hotel. Kami check in dulu bilik. Letak barang2 dan bergegas ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat pertama kami di Madinah Al-Munawwarah.


jalan inilah hari2 kami lalui untuk ke Masjid Nabawi

hubby dan ibuku


payung-payung untuk meneduhi jemaah diruang solat luar di Masjid Nabawi..sungguh indah..
bersama hubbykupermandangan di luar pintu masuk Masjid Nabawi
bersama ibuku

Subuh di sana lebih kurang jam 5.15 pagi. Kami terus bergerak dari hotel ke Masjid Nabawi kira-kira 150 meter. Alhamdulillah hotel kami dekat di pintu masuk wanita. Kami ingat kami yang terawal tetapi ramai lagi yang telah awal datang ke Masjid. Apapun Alhamdulillah saya sempat solat sunat tahiyatul masjid disana sebelum solat fardhu subuh. Hari pertama tiada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan. Kami disarankan memperbanyakkan ibadah di masjid nabawi.

Seperti biasa selesai solat fardhu sebelum balik ke hotel kami berjalan-jalan disekitar kedai2 yg berdekatan dengan hotel.
Alhamdulillah peniaga kat madinah friendly2 belaka..pastu pandai jugak cakap bahasa kita. Derang memang suka dengan org malaysia.. Cakap je i'm from malaysie..terus je dia cakap malaysie bagusssss.. kuala lumpur bagusss.. Pastu senang lah nak mintak kurang ke hape ke.. tak yah susah2 cakap bahasa inggeris bagai. Cakap je dlm BM gerenti derang paham punye.

deretan kedai kedai berdekatan dengan hotel kami. Hari2 lalu disini sampai peniaga tu pun dah cam muka saya hehe..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...